Entri kali ini mengenai APA MOTIF PERTUDUNGAN KAUM HAWA PADA ABAD UFO ini. hahaha. Tak ada lah UFO mana sangat, cuma dunia hari ni penuh dengan kealienan, pelik lagi aneh. haha. Okay, focus peli pada hari ini ialah, gaya kaum-kaum hawa yang berhijab. Berhijab? Boh, comel molek dah tu. Tapi ada part yang kita perlu betulkan terutama diri ambe sendiri.
Okay, part one.. Apa tujuan kita berhijab ni ??? Ada orang bercakap, "tak apa lah niat apa pun, asalkan bertudung daripada tak". Okay je, yang tu ambe setuju juga. Tapi dah lama kelamaan kita betulkan sikit niat kita, modifit sikit je comel. Kita betulkan niat bertudung kerana Maha Pencipta di Atas sana, Allah SWT. Kerana tuntutannya kita berhijab. Kan comel. Ni untuk diri ambe sangat-sangat ni. Janganlah kita bertudung kerana :
- Muka lagi comel kalau bertudung. Nanti 'freehair' tak comel pulak
- Ni bekerja kena lah bertudung, kang berhabuk pulak kepala
- Mak Abah yang paksa pakai tudung
- Alah, fesyen ni bertudung
- Pakai jelah tudung, boleh orang cakap 'Calon isteri idaman'
Yang macam ini, di minta jauh dari kita semua, in sha allah.
Janganlah kita bertudung :
- Sanggul dekat bahagian belakang tudung, mak ai... Kalah gunung Everest tu. Jadi, kita rendahkan dia. Kalau boleh jadikan dia tanah pamah je. Tak nampak sanggul dah kan.
- Dah bertudung, janganlah bergaul dengan kaum bukan sejenis sampai melentikkan bulu mata orang lain. Maksudnya, golongan yang bercouple, cintan cintun, loving-loving. Tak salah bercinta, kerana ia fitrah manusia. Tapi ingat, kita beragama Islam, bertudung pula, membawa IMEJ ISLAM tu. Jadi, kita sama-sama ingatkan diri.
- Bertudung comel dah, tapi perangai macam-macam colour. Tak kisahlah colour apa pun, asalkan ia masih menjaga IMEJ ISLAM. Janganlah dah bertudung pergi merokok, shisha dan seangkatannya.
- Uiiiihhhhhh, comel dah bertudung tu. Tapi,tapi,tapi... buat yang terlarang.. Apa pula yang terlarang tuuuu??? Mengubah ciptaan-NYA.. Apa pula??? Contohnya, mencukur kening, memakai bulu mata palsu dannnnn yang menjadi ikutan ramaiiii, memakai KANTA PELENGKAP *iyelah kot ejaannya tu, means Contact Lens -bukan kerana rabun. Ni kan dah macam tak bersyukur pula. Kan Allah dah bagi yang comel. Ke Allah bagi hok huduh???
- MAKE-UP.... make-up or berhias diri sampai bagai TEPUNG BERAS lagi berwarna warni. Ishhh tak salah bermake-up ni *mungkinlah.. Tapi kurangkan sikit. Means, kalau berbedak selalu sekali pakai habis 1 tong, kali kurangkan jadi setengah tong je. Kalau selalu pakai Blusher, hari ni tak payah lah sebab pipi dah cukup merah kan. Kalau pakai Eye shadow, hari ni tak nak lah sebab dah cukup bayang yang ada. Gincu selalu macam sirap 1 botol, hari ni Gincu macam sirap 1 sudu je. Haaa, comel dah gitu. Bukan sahaja tak menarik perhatian LELAKI, malah merehatkan muka kita dari kekejaman kimia. Itu tanda kita sayang pada tubuh badan kita
- tudung kecik molek. Comel, bukan tak comel. tapi kita buat comel lagi. Sehari tambah seinci saiz tudung tu.. Esok-esok tudung kita tutup dada dah.. Ni ambe tengah mencuba. In sha ALLAH
Mungkin itu sahaja perkongsian dan peringatan untuk diri ambe. Andai salah silap itu, dari ambe.. Yang baik, dari Allah.
No comments:
Post a Comment