Friday, 18 April 2014

Tudung dengan perangainya- era kemusnahan .!

MashaAllah. Pelbagai agenda dan muslihat masing-masing kita sebagai manusia atas bumi hijau ni. Tidak dinafikan, diri sendiri pun berlambak agenda tersendiri. Tapi sama-samalah kita berdoa perubahan ke jalan Allah bersama. Mungkin ada yang berbunyi, "alah dia ni asyik post agama jer, macam tak ada salah dosa pula". Kalau ada yang begitu, ambe minta maaf awal-awal. Tapi ambe percaya tak ada hamba Allah di atas muka bumi ni yang berbunyi begitu. In sha Allah.
Entri kali ini mengenai APA MOTIF PERTUDUNGAN KAUM HAWA PADA ABAD UFO ini. hahaha. Tak ada lah UFO mana sangat, cuma dunia hari ni penuh dengan kealienan, pelik lagi aneh. haha. Okay, focus peli pada hari ini ialah, gaya kaum-kaum hawa yang berhijab. Berhijab? Boh, comel molek dah tu. Tapi ada part yang kita perlu betulkan terutama diri ambe sendiri.
Okay, part one.. Apa tujuan kita berhijab ni ??? Ada orang bercakap, "tak apa lah niat apa pun, asalkan bertudung daripada tak". Okay je, yang tu ambe setuju juga. Tapi dah lama kelamaan kita betulkan sikit niat kita, modifit sikit je comel. Kita betulkan niat bertudung kerana Maha Pencipta di Atas sana, Allah SWT. Kerana tuntutannya kita berhijab. Kan comel. Ni untuk diri ambe sangat-sangat ni. Janganlah kita bertudung kerana :

  1.  Muka lagi comel kalau bertudung. Nanti 'freehair' tak comel pulak
  2. Ni bekerja kena lah bertudung, kang berhabuk pulak kepala
  3. Mak Abah yang paksa pakai tudung
  4. Alah, fesyen ni bertudung
  5. Pakai jelah tudung, boleh orang cakap 'Calon isteri idaman'
Yang macam ini, di minta jauh dari kita semua, in sha allah.
Janganlah kita bertudung :
  • Sanggul dekat bahagian belakang tudung, mak ai... Kalah gunung Everest tu. Jadi, kita rendahkan dia. Kalau boleh jadikan dia tanah pamah je. Tak nampak sanggul dah kan.
  • Dah bertudung, janganlah bergaul dengan kaum bukan sejenis sampai melentikkan bulu mata orang lain. Maksudnya, golongan yang bercouple, cintan cintun, loving-loving. Tak salah bercinta, kerana ia fitrah manusia. Tapi ingat, kita beragama Islam, bertudung pula, membawa IMEJ ISLAM tu. Jadi, kita sama-sama ingatkan diri.
  • Bertudung comel dah, tapi perangai macam-macam colour. Tak kisahlah colour apa pun, asalkan ia masih menjaga IMEJ ISLAM. Janganlah dah bertudung pergi merokok, shisha dan seangkatannya.
  • Uiiiihhhhhh, comel dah bertudung tu. Tapi,tapi,tapi... buat yang terlarang.. Apa pula yang terlarang tuuuu??? Mengubah ciptaan-NYA.. Apa pula??? Contohnya, mencukur kening, memakai bulu mata palsu dannnnn yang menjadi ikutan ramaiiii, memakai KANTA PELENGKAP *iyelah kot ejaannya tu, means Contact Lens -bukan kerana rabun. Ni kan dah macam tak bersyukur pula. Kan Allah dah bagi yang comel. Ke Allah bagi hok huduh??? 
  • MAKE-UP.... make-up or berhias diri sampai bagai TEPUNG BERAS lagi berwarna warni. Ishhh tak salah bermake-up ni *mungkinlah.. Tapi kurangkan sikit. Means, kalau berbedak selalu sekali pakai habis 1 tong, kali kurangkan jadi setengah tong je. Kalau selalu pakai Blusher, hari ni tak payah lah sebab pipi dah cukup merah kan. Kalau pakai Eye shadow, hari ni tak nak lah sebab dah cukup bayang yang ada. Gincu selalu macam sirap 1 botol, hari ni Gincu macam sirap 1 sudu je. Haaa, comel dah gitu. Bukan sahaja tak menarik perhatian LELAKI, malah merehatkan muka kita dari kekejaman kimia. Itu tanda kita sayang pada tubuh badan kita 
  • tudung kecik molek. Comel, bukan tak comel. tapi kita buat comel lagi. Sehari tambah seinci saiz tudung tu.. Esok-esok tudung kita tutup dada dah.. Ni ambe tengah mencuba. In sha ALLAH
Mungkin itu sahaja perkongsian dan peringatan untuk diri ambe. Andai salah silap itu, dari ambe.. Yang baik, dari Allah. 

Tuesday, 15 April 2014

Siapa kita untuk me'neraka'kan orang lain ???

      Terdetik di hati untuk menulis post kali ini mengenai siapa atau apa hak kita untuk menentukan syurga atau neraka seseorang itu. Sejak-sejak mida mula belajar memenuhi tutupan aurat, banyak situasi menyentuh hati ambe. Bila mida duduk berhampiran kawan-kawan lelaki sama ada di sekolah atau tempat kerja, pasti ada mulut-mulut bersoset mengenai aurat. 
      Benda ini terjadi bila ada perempuan yang tidak bertudung, dalam erti kata mudah 'freehair' menyinggah di mata hati diaorang, mulalah budak lelaki berkutuknya. Hal ini sedikit sebanyak menyakitkan hati. Mengapa kita tidak mendoakan mereka mendapat hidayah? Bila dikata begitu, ada pula mulut lelaki/perempuan berbunyi "alah, kau pun bukan baik sangat nak doakan orang. Bercakap belakang". Yes, i'am. Mengaku dulu pernah melakukan begitu, mungkin kerana kau memulakan berkata begitu di belakang . Tapi itu bukan menuding jari kepada sesiapa. Cuma menegaskan, manusia ini mudah mencelakakan diri mereka apabila melihat orang yang dulunya jahat ingin berubah, why??? Thats part of my opinion. The others part ialah ada pula yang berkata " alah dia buat dosa, tak apa kita mengutuk dia". Alahai, jangan tampilkan kebodohan kita di situ. Tiada hukum menyatakan kita boleh mengeluarkan kata-kata menjurikan diri orang lain. Sedangkan Nabi pun tidak pernah menhina musuhnya yang jahil. Andai kita pernah melakukan perbuatan tersebut, mengapa tidak kita berhenti sekarang. Masih belum terlambat, bukan?.

      Tidak perlu menunjuk kearifan iman kita dengan meletakkan kejahilan kita kepada manusia lain. Apa salahnya jika kita sama berpimpin tangan ke syurga kelak. Bukan hanya aurat perempuan perlu dibetulkan, aurat lelaki yang tayang habis tu, bagaiman pula dengan kaum hawa yang melihatnya??? Bukanlah tujuan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sekadar kita membetulkan diri sendir jua. Mana tidaknya, menutup aurat dengan sempurna adalah perkara yang paling sukar dilakukan insan atas muka bumi indah ini.
     Mungkin mudah bagi beberapa juta orang di atas muka ini, tetapi menutup aurat bukanlah sekadar itu sahaja, perangai atau attitude kita sebagai muslimin dan muslimat perlu menampilkan keislaman kita. Jangan sampai penganut lain hanya memperbodohkan Islam kita. Tidak malukah kita terhadap mualaf-mualaf yang baru sahaja mengenali Islam, tetapi sudah arif taat kepada Allah. Dimana ketaatan kita pula? Dimana?
     Menjadi Islam yang bertaqwa bukan hanya menunaikan perintah Allah, tapi mendidik orang lain juga ke jalan syurga tanpa sebarang herdik. In sha allah, kita berkongsi syurga kelak.


Monday, 24 March 2014

Cuti seminggu .

Taraa. Cuti mid term dah bermula dua hari yang lepas. Apa yang nak i buat sepanjang percutian mid term ni. Ofcourse lah tak pergi holiday punya bila hati dah tak tenang dengan PBS, no need to know that such horrible thing. dah naik loya dengar nama PBs, PBS, PBS ni. Next sem pasti jumpa lagi dengan semua ni. Tapi tak apa, i buat chill, buat rilex saje. Kan nampak tak tu. hahaha.
Almost a week dah rasanya aku mula buat part time sambil belajar ni. Penatnya tak terkata dek mulut lidah ni. Bahu sahaja dapat mengungkapkan kepenatan. Yela, first time kerja sambil belajar ni. Walaupun sem 2 ni agak memberatkan. Tapi i dont know la whats make me really want to do all of this. Maybe kebosanan. I guess. Part yang paling i suka la kan, boss i ni. At the first sigh, nampak handsome giler, beriman lagi tu. Tapi maybe orang cakap, sekali pandang saje. Dah dua,tiga kali tengok ni, macam kurang berkenan nak tengok memanjang, sebab dah anggap macam abang, seriously. Wifey dia paling best, baik orangnya. Anak-anak gadis diorang cun pula tu. Comel giler. Gebu sayam.
Maybe  tahun 2014 ni permulaan hidup berdikari. Thats it. Tapi mengenai boy, masih available. Boring tu ada juga, tapi belum ada yang nak terus propose jadi wife ke apa, then i accept. But to be your GFFFFF, macam not yet so far. haha. okay la guys, xoxo, mid.

Thursday, 6 February 2014

Social Media waste a lot of my time .!

Apa kejadahnya entri kali ni? hahaha. Problem,problem.. Masih bertanya pada diri aku, kenapa aku ni tidak dapat mencontrolkan diri aku untuk bahagikan masa dengan sepintar-pintarnya, whyyyyyyyyyyyy?!
Tak seronoklah bila tak pandai bahagikan masa untuk social network and homework. Lepas tu mula lah study ke laut sokmo. Sekarang bukan SPM tapi STPM boh .! Mana boleh main-main beb. rrrggggggghh .! Have to do something .! Dah sedar dah keburukannya melayan facebook, twitter, insta and others else social account secara keterlaluan, tapi susah sangat nak tinggalkan bila sekali je aku dah pegang lappy or others gadget. Agaknya 'dah terhantuk baru tergadah' aku ni. 

Thursday, 2 January 2014

Izinkan aku pergi.

Maaf kalau ianya salah aku. Mungkin aku tidak sedar kesilapan sebelum atau selepas lahir ke dunia ini. Aku tidak bermaksud untuk mencampak kesusahan dibahu kalian. Mungkin juga aku lalai  kerana telah melukakan hati mu. Tapi mohon ku janganlah membencikan aku kerana aku tiada sesiapa. Kalau aku diberi pilihan, aku pasti memohon kepada Pencipta diri ini untuk menarik semula roh aku dari alam dunia yang sangat kejam kerna aku sangat tidak tahan dengan likuan ini. Mungkin begini aku tidak menggantung beban lagi. Mungkin aku terlalu sakit untuk teruskan semua ini. Aku sudah tidak mampu menarik nafas lagi. Ianya terlalu sakit. Aku tidak mampu. Aku terlalu cela untuk hidup di sisi bumi ini. Aku memohon untuk mengundurkan diri.