Terdetik di hati untuk menulis post kali ini mengenai siapa atau apa hak kita untuk menentukan syurga atau neraka seseorang itu. Sejak-sejak mida mula belajar memenuhi tutupan aurat, banyak situasi menyentuh hati ambe. Bila mida duduk berhampiran kawan-kawan lelaki sama ada di sekolah atau tempat kerja, pasti ada mulut-mulut bersoset mengenai aurat.
Benda ini terjadi bila ada perempuan yang tidak bertudung, dalam erti kata mudah 'freehair' menyinggah di mata hati diaorang, mulalah budak lelaki berkutuknya. Hal ini sedikit sebanyak menyakitkan hati. Mengapa kita tidak mendoakan mereka mendapat hidayah? Bila dikata begitu, ada pula mulut lelaki/perempuan berbunyi "alah, kau pun bukan baik sangat nak doakan orang. Bercakap belakang". Yes, i'am. Mengaku dulu pernah melakukan begitu, mungkin kerana kau memulakan berkata begitu di belakang . Tapi itu bukan menuding jari kepada sesiapa. Cuma menegaskan, manusia ini mudah mencelakakan diri mereka apabila melihat orang yang dulunya jahat ingin berubah, why??? Thats part of my opinion. The others part ialah ada pula yang berkata " alah dia buat dosa, tak apa kita mengutuk dia". Alahai, jangan tampilkan kebodohan kita di situ. Tiada hukum menyatakan kita boleh mengeluarkan kata-kata menjurikan diri orang lain. Sedangkan Nabi pun tidak pernah menhina musuhnya yang jahil. Andai kita pernah melakukan perbuatan tersebut, mengapa tidak kita berhenti sekarang. Masih belum terlambat, bukan?. Tidak perlu menunjuk kearifan iman kita dengan meletakkan kejahilan kita kepada manusia lain. Apa salahnya jika kita sama berpimpin tangan ke syurga kelak. Bukan hanya aurat perempuan perlu dibetulkan, aurat lelaki yang tayang habis tu, bagaiman pula dengan kaum hawa yang melihatnya??? Bukanlah tujuan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sekadar kita membetulkan diri sendir jua. Mana tidaknya, menutup aurat dengan sempurna adalah perkara yang paling sukar dilakukan insan atas muka bumi indah ini.
Mungkin mudah bagi beberapa juta orang di atas muka ini, tetapi menutup aurat bukanlah sekadar itu sahaja, perangai atau attitude kita sebagai muslimin dan muslimat perlu menampilkan keislaman kita. Jangan sampai penganut lain hanya memperbodohkan Islam kita. Tidak malukah kita terhadap mualaf-mualaf yang baru sahaja mengenali Islam, tetapi sudah arif taat kepada Allah. Dimana ketaatan kita pula? Dimana?
Menjadi Islam yang bertaqwa bukan hanya menunaikan perintah Allah, tapi mendidik orang lain juga ke jalan syurga tanpa sebarang herdik. In sha allah, kita berkongsi syurga kelak.
1 comment:
I heard that people use http://clashofclanshelper.com/ and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! Visit and enjoy! (91wtaYg0gk)
Post a Comment