"Jangan pandang KEJAHATAN orang seperti DIA PASTI KE NERAKA, Jangan pandang KEBAIKAN SENDIRI seperti KITA PASTI KE SYURGA"
Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga perkara yang mesti ada pada umatku: Thiyarah (beranggapan sesuatu boleh membawa sial), hasad (dengki) dan suu'uzzan (buruk sangka).
Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah caranya agar ketiga-tiga perkara itu dapat kami hindarkan? Lalu jawab baginda SAW.: Jika kamu ada perasaan dengki maka segeralah beristighfar (taubat) dan jika kamu berburuk sangka (pada seseorang) maka janganlah kamu selidiki atau mengintip intip dan jika kamu thiyarah maka hendaklah kamu teruskan (pekerjaan itu). (HR Thabarany dari Harits Bin Nu'man)
Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.
Maksudnya: Jangan hendaknya kita menyebut keburukan orang lain yang dia benci jika mengetahuinya. Larangan "menyebut" disini bukan hanya terbatas pada ucapan lisan tetapi juga termasuk dalam bentuk isyarat. Dan maksud "yang dia benci" disini mencakupi tentang agamanya, dunianya, akhlaknya, rupanya, hartanya, anaknya, isterinya, suaminya, khadamnya, pakaiannya, perhiasannya dan lain-lain.
Menurut Al Hasan: Mengumpat ada tiga bentuk, iaitu:
Al Ghibah: Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.
Al Buhtan: Menyebut ke’aiban atau kekurangan seseorang yang ‘aib itu tidak ada pada orang itu (hanya direka-reka saja).
Al Ifk: Menyebut ke’aiban atau keburukan seseorang hasil daripada apa yang didengarnya melalui mulut orang lain.
Para ulama sependapat bahawa kesemua jenis mengumpat diatas adalah dosa besar (Al Kabaair). Selain mereka wajib taubat kepada Allah, mereka juga wajib memohon maaf kepada orang yang diumpat.
No comments:
Post a Comment